fbpx

Jangan bagi orang lain rosakkan keamanan negara – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir merasmikan acara Malaysia Sarong Music Run 2025 di perkarangan KLCC hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia supaya tidak mengizinkan `orang lain’ merosakkan keamanan negara ini.

“Jangan izin ‘orang lain’ rosakkan keamanan negara kita,” tegas beliau ketika berucap ringkas pada Majlis Sarong Music Run (MSMR) 2025 di pekarangan Menara Berkembar Petronas, di sini hari ini.

Anwar turut menyifatkan acara yang dianjurkan itu bukan sahaja bermatlamatkan kesihatan, malah ia juga menyemarakkan semangat persahabatan antara pelbagai kaum di negara ini.

“Sarung ada budaya dia, yang ada pakai. Sarung adalah elemen kebudayaan yang sinonim dan terkenal di rantau Melayu.

“Saya minta kita untuk terus berdoa bagi keselamatan rakyat dan negara selain ekonomi serta pendapatan negara terus meningkat,” kata beliau.

Dalam acara tersebut, lebih 10,000 peserta daripada pelbagai latar belakang etnik, budaya dan agama menyertai MSMR 2025.

Perdana Menteri turut menyertai aktiviti berjalan kaki sejauh tiga kilometer selepas merasmikan majlis itu.

MSMR 2025 dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bersama Malaysia Marathon.

Terdapat dua acara dianjurkan bersempena MSMR 2025 iaitu lima kilometer (larian) dan tiga kilometer (berjalan kaki).

Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri Komunikasi, Adam Adli dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI