BANGKOK – Satu inisiatif dilancarkan di daerah San Kamphaeng, Chiang Mai di mana daun kering boleh ditukar dengan telur pada setiap Khamis sehingga 15 Mei depan, lapor portal brita Thaiger hari ini.
Projek itu bertujuan mengurangkan pembakaran dan jerebu di samping menggalakkan penghasilan kompos untuk petani sebagai pengganti baja kimia.
Majlis perasmian pasar daun untuk telur itu diadakan semalam di sebuah dewan dalam daerah San Kamphaeng.
Gabenor Chiang Mai, Nirut Pongshitthithaworn merasmikan acara itu yang turut dihadiri oleh ketua daerah, pegawai kerajaan tempatan dan beberapa pihak berkepentingan lain.
Kadar yang ditetapkan untuk mendapatkan sebiji telur ialah memberikan daun kering seberat satu kilogram di pasar tersebut. – AGENSI