fbpx

Timbalan ketua polis, isteri disaman tidak pakai topi keledar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIMBALAN ketua polis dan isteri menunggang sebuah motosikal tanpa memakai topi keledar. - Foto iHanoi

HANOI – Timbalan ketua polis sebuah kawasan perbandaran di Hanoi dan isterinya disaman  selepas seorang penduduk melaporkan mereka tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal, lapor portal berita VNExpress kelmarin.

Menurut polis Trung Liet, timbalan ketua polis kawasan perbandaran O Cho Dua itu disaman  satu juta dong (RM175) dan lesen motosikalnya dibatalkan.

Isterinya pula didenda 500,000 dong (RM88) kerana kesalahan sama.

Seorang penduduk menyerahkan bukti bergambar melalui aplikasi iHanoi menunjukkan pasangan itu menunggang motosikal di Jalan Hoang Cau pada tanpa memakai topi keledar. 

Bukti itu telah disahkan oleh polis daerah Dong Da.

Timbalan ketua polis itu mengaku kesalahannya tidak memakai topi keledar.

Menurutnya, dia dan isteri  kehilangan topi keledar semasa mereka keluar membeli-belah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI