fbpx

Neymar pergi padang latihan naik helikopter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neymar menjalani latihan pertamanya bersama kelab lamanya, Santos. - AFP 

BRASILIA – Pemain sensasi Brazil, Neymar menarik perhatian orang ramai kerana menghadiri sesi latihan pertamanya dengan menaiki helikopter peribadi, lapor portal berita VNExpress semalam. 

Neymar membuat kepulangan semula ke kelab kesayangannya, Santos apabila menandatangani kontrak selama enam bulan selepas ‘berpisah’ dengan Al Hilal bulan lalu.

Neymar menggunakan helikopter sebagai pengangkutannya sebelum membeli rumah baharu di Morro de Santa Terezinha, kawasan berprestij di Santos. 

Ketika ini, dia terpaksa menempuh perjalanan sejauh 500 kilometer dari tempat tinggalnya bersama isteri dan anak-anak di Mangaratiba, Rio de Janeiro. 

Media Brazil menganggarkan bahawa setiap perjalanan Neymar menelan belanja hampir AS$600 (RM2,664), tidak termasuk perbelanjaan kru dan penyelenggaraan. 

Helikopter persendirian Neymar itu dibeli pada 2019 dan mampu beroperasi dalam cuaca buruk. 

Ia juga dilengkapi enjin berkembar dan boleh memuatkan dua juruterbang serta lapan penumpang bersama bagasi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI