fbpx

Kelindan maut tercampak keluar lori terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan operasi membawa keluar mangsa kemalangan membabitkan sebuah lori berhampiran R&R Sungai Lebey di Gerik hari ini.

GERIK – Seorang kelindan lori maut selepas tercampak keluar dari kenderaan yang terbabas masuk ke dalam longkang berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Lebey di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata,  kemalangan itu membabitkan sebuah lori kontena membawa muatan barangan pasar raya.

“Pemeriksaan mendapati pemandu lori cedera dan tersepit di bahagian kaki manakala kelindan tercampak keluar dari kenderaan dan cedera di bahagian kepala. Mangsa berusia lingkungan 30-an itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Operasi dijalankan bagi membawa mangsa tersepit keluar dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan, manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI