fbpx

Amaran laut bergelora sehingga Selasa ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MetMalaysia

 

PETALING JAYA – Amaran angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kilometer/jam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak Barat sehingga Selasa ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran kenaikan paras air laut yang dijangka di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak Barat juga sehingga Selasa ini

Jelas MetMalaysia, keadaan tersebut berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori ketiga) turut dikeluarkan iaitu angin kencang timur laut melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Condore, utara Bunguran, barat Reef North dan utara Reef South.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” jelas kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI