fbpx

Warga China larikan kereta dari Depoh MPAJ, enggan bayar denda tunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Depoh Tunda MPAJ. Foto IHSAN MEDIA SOSIAL

AMPANG – Seorang wanita warga China sanggup mengambil risiko dengan melarikan keretanya dari Depoh Tunda Kenderaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Taman Melawati, di sini, selepas kenderaannya ditunda akibat menghalang lalu lintas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan berhubung kejadian yang berlaku 5 Februari lalu, dibuat kakitangan MPAJ.

“Menurut pengadu, wanita yang disyaki pemilik kereta Perodua Axia telah mengambil kenderaan itu tanpa membuat pembayaran denda dikenakan oleh pihak MPAJ, pukul 12 tengah hari pada Rabu.

“Pengadu cuba mengejar kereta tersebut tetapi tidak berjaya sebelum membuat laporan rujukan MPAJ untuk tindakan pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek berusia 45 tahun berjaya ditahan pada hari sama oleh pasukannya di hadapan sebuah rumah Taman Melawati, di sini, kira-kira pukul 7.45 malam.

Sehubungan itu, pihaknya juga merampas kereta Perodua Axia bersama anak kunci.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan didapati berkahwin dengan warga tempatan.

“Suspek direman selama dua hari bermula 6 hingga 7 Februari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” ujarnya.

Tambahnya, kertas siasatan diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan pertuduhan.

“Kes disiasat bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan iaitu ceroboh, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan penjara enam bulan, atau dengan denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI