fbpx

Reman bomoh muda disambung enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomoh muda (kiri) di bawa keluar dari kamar mahkamah setelah direman enam hari lagi di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Bomoh muda yang ditahan bagi membantu siasatan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan pada minggu lalu disambung reman enam hari lagi sehingga 14 Februari ini.

Perintah tambahan reman terhadap suspek berusia 20 tahun tersebut dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sebelum ini, lelaki yang disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14 (d) akta sama telah direman selama tujuh hari bermula 2 Februari lalu.

Kosmo! Online Selasa lalu melaporkan suspek dikatakan melakukan perbuatan amang seksual fizikal berkenaan sewaktu merawat mangsa yang dikatakan telah disihir.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, perubatan itu dipercayai berlaku di rumah mangsa pada pukul 1 pagi, 31 Januari lalu dan semakan mendapati bomoh muda terbabit juga memiliki rekod jenayah lampau berkaitan jenayah merogol.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI