fbpx

‘Jangan sentuh anak aku, dia muda lagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUIB terkilan dengan sikap individu yang mengecam puteri tunggalnya, Thalita.

PETALING JAYA – Tidak sanggup melihat anak menjadi mangsa kecaman, pelawak Shuib tampil mempertahankan puterinya, Thalita yang kini aktif menyanyi.

Malah, pemilik nama lengkap Shahmira Muhamad, 41, mengajak individu terbabit bersemuka sekiranya ada perkara yang kurang memuaskan.

“Bila kau komen macam ini, aku sebagai bapa memang akan terasa.

“Apa salah beri sokongan, setidaknya pun kalau betul menegur, DM (mesej langsung) atau bercakap dengan aku depan-depan,” katanya dalam sebuah hantaran InstaStory.

Pada masa sama, Shuib meminta mana-mana individu tidak menganggu anaknya yang baru berjinak-jinak dalam dunia seni.

“Kalau nak kecam fasal aku, insya-Allah aku tak kisah sebab dah biasa orang beri komen bukan-bukan.

“Jangan sentuh anak aku. Dia muda lagi.

“Dia baru nak belajar masuk industri, nak tolong bapa dia cari duit sendiri,” ujarnya lagi.

Kenyataan tersebut dibuat selepas seorang individu tampil menasihati Shuib agak anaknya memberi tumpuan kepada pelajaran.

Selain itu, individu berkenaan mendakwa nyanyian Thalita tidak sedap.

Malah, dia turut menuduh Shuib sengaja mempergunakan Thalita kerana perniagaannya terjejas.

Sebelum ini, nama Thalita atau nama lengkapnya Dzahira Thalita Zahra, 13, semakin meraih tumpuan selepas persembahan nyanyiannya dipuji ramai.

Bukan hanya menerima tawaran nyanyian, Thalita kini juga mula melakukan reviu produk makanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI