BANGKOK – Thailand merampas semula gelaran negara paling ramai dikunjungi di Asia Tenggara selepas menerima 35.5 juta pelawat asing pada 2024 setelah kehilangan ‘mahkota’ tersebut kepada Malaysia pada 2023, lapor portal berita VNExpress semalam.
Malaysia berada di tempat kedua dengan 25 juta pelancong iaitu kurang daripada sasaran yang ditetapkan seramai 27.3 juta orang.
Vietnam menduduki tempat ketiga dengan 17.5 juta pengunjung, diikuti Singapura (16.5 juta pelancong) dan Indonesia dengan 13.9 juta pelancong.
Ia kemudian diikuti dengan Kemboja dengan 6.7 juta pelancong, Filipina (5.4 juta), Laos (4.1 juta) dan Myanmar (1.06 juta).
Pemulihan industri pelancongan Thailand didorong oleh beberapa inisiatif termasuk pengenalan program bebas visa tetap untuk pelawat China dan India.
Negara-negara Asia Tenggara telah bersaing sesama mereka untuk menarik pelancong asing dengan melonggarkan polisi visa masing-masing. – AGENSI