PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita warga asing melakukan aksi berbahaya di tengah jalan raya di Pulau Pinang telah mencuri perhatian netizen.
Menerusi perkongsian oleh pengguna TikTok, Aenaarshad2324, wanita berkenaan dilihat melakukan pelbagai aksi seakan pertunjukan sarkas di persimpangan lampu isyarat ketika kenderaan berhenti.
“Orang lain jual jeruk, dia pula membuat persembahan percuma. Namun, di penghujungnya dia minta duit daripada pengguna jalan raya,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman melihat aksi wanita berkenaan dan menyatakan bahawa individu tersebut sering melakukan perkara sama.
“Kami pun nampak waktu ni, kami dekat lampu isyarat. Tengah-tengah panas boleh pula buat persembahan,” kata Zah.
“Hari tu pun dia main juga macam ni tapi versi bola warna-warni. Kami tak bagi pun duit,” ujar Noktahhidup.
“Pernah nampak ni, dia datang minta duit kat kereta sambil hulur topi dia,” tambah Syakirin Nat. -KOSMO! ONLINE
@aenaarshad2324 Orang lain jual jeruk, dia buat free show genk🤣🤣🤣 Pastu hujung2 mintak duit kat kereta.. senang carik duit yeee #penang #fyp #fypシ゚ ♬ Round and Round Mingle Song Squid Game 2 – Chico Guerra