fbpx

PLKN 3.0: Pemakaian celoreng tentera selaras amalan antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ya’cob bercakap pada sidang akhbar pada Latihan Menembak Senjata Ringan di Lapang Sasar Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Penggunaan pakaian seragam celoreng Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah selaras dengan amalan kebanyakan negara lain yang menjalankan program khidmat negara.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Mejar Jeneral Datuk Ya’cob Samiran berkata, kajian terhadap pelbagai program khidmat negara menunjukkan bahawa majoriti negara memilih uniform celoreng tentera berbanding pakaian seragam alternatif.

“Pakaian ini telah diuji dan dinilai. Jika kita mahu memperkenalkan pakaian seragam baharu, prosesnya akan mengambil masa lebih lama dan menelan kos lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi latihan menembak senjata ringan di Lapang Sasar Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Perdana Sungai Besi, hari ini.

Menurutnya, keputusan untuk menggunakan uniform celoreng tentera telah dipersetujui di peringkat nasional dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, penggunaan uniform sedia ada juga membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan kerana ia telah tersedia dalam inventori.

“Uniform celoreng ini akan dipulangkan selepas tamat latihan, dan siri PLKN seterusnya akan terus digunakan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI