BALIK PULAU – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang dia tunggang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas di Jalan Teluk Kumbar di sini, pagi tadi.
Mangsa, Quah Kheng Hoe, 63, dipercayai tersepit di bawah bas selepas kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.18 pagi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis SYM dengan sebuah bas. Penunggang motosikal didapati tersepit di bawah bas, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan ,” katanya di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE