fbpx

Polis siasat dakwaan wanita diganggu anggota polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh anggota polis ketika tampil memberi keterangan berkaitan Perhimpunan Solidariti Palestin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya menerima satu laporan dibuat seorang pengadu berhubung ketidakpuasan hati di atas tingkah laku polis.

“Kita sedang menjalankan siasatan berhubung laporan yang diterima,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pengadu telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, Kuala bagi diambil keterangan berhubung siasatan kes perhimpunan yang telah berlangsung pada 19 Disember lalu, yang disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Selain pengadu, lapan lagi individu lain diambil keterangan pada hari yang sama bagi membantu siasatan kes perhimpunan ini.

“Kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI