fbpx

Lelaki maut motosikal rempuh lori pancit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangi merempuh sebuah lori yang diparkir di laluan kecemasan di kilometer 222.4, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Selatan), di sini, malam semalam. -IHSAN POLIS

REMBAU – Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha LC 135 yang dia tunggang merempuh sebuah lori yang diparkir di laluan kecemasan di kilometer 222.4, LebuhRraya Utara-Selatan (arah Selatan), di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, mangsa, Muhammad Ikmal Abdullah, 22, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang beralamat di Felda Palong Timur 3, Batu Anam Johor dalam perjalanan dari arah Senawang menghala ke Ayer Keroh.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal telah hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang lori yang berada di lorong kecemasan kerana tayar hadapan kiri pancit,” katanya.

Ujar Shaik lagi, akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal jatuh di atas jalan dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI