fbpx

KPM kaji perluas program TV Pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengkaji kaedah memperluaskan saluran televisyen sebagai medium sesi Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) berikutan pandemik Covid-19.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim berkata, ketika ini sudah ada program TV Pendidikan di saluran TV Okey, Astro dan NTV7 yang menyediakan program TV Pendidikan sehingga sembilan jam sehari.

“Kita sedang rancang supaya dapat tambah lagi waktu program, supaya lebih banyak diadakan siaran TV Pendidikan, supaya pembelajaran boleh sampai kepada murid-murid sekolah.

“Lebih 90 peratus isu rumah memiliki televisyen. Kita sedang lihat bagaimana menambah lagi masa pembelajaran dan program diadakan dengan berkesan,” katanya pada sidang akhbar secara dalam talian hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI