KUALA LUMPUR – Sempena Tahun Melawat Selangor 2025, Tourism Selangor menganjurkan Fiesta Joran Selangor (FJS) 2025 di Tasik Fraser Villey, Kuala Kubu Bharu sebagai salah satu acara bagi memeriahkan sambutan tersebut Ahad ini.
Pertandingan itu menawarkan hadiah keseluruhan keseluruhan berjumlah RM22,000 termasuk RM8,000 untuk juara, RM2,000 untuk naib juara, dan RM1,000 untuk tempat ketiga.
Bagi pemenang keempat hingga ke-10 pula menerima RM200, ke-11 hingga ke-30 (RM150) dan ke-31 hingga ke-100 (RM100).
Tasik itu menjadi sebutan kaki pancing kerana mempunyai spesies berharga seperti tilapia, patin, belida, haruan, rhu,toman, keli serta ketutu.
Untuk pertandingan tersebut, ikan tapah bersaiz tiga hingga empat kilogram(kg) yang dilepaskan oleh Jabatan Perikanan Selangor.
Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Sdn. Bhd., Chua Yee Ling berkata, selain pertandingan memancing, pihak penganjur turut menyediakan lebih sepuluh acara antaranya VR Games, face painting,sand art, giant bubble, menyauk ikan dan memanah.
“Acara Fiesta Joran Selangor yang diadakan di Lokasi tersebut juga diadakan bertujuan untuk mempromosi pelancongan dan ekonomi tempatan, terutamanya sempena Tahun Melawat Selangor 2025.
“Acara ini diharap dapat memupuk perpaduan dan semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat,” katanya.
Beliau optimis Fiesta Joran Selangor 2025 akan menjadi platform mempromosikan pelancongan negeri dan mengukuhkan Selangor sebagai destinasi pilihan utama pada tahun ini.
Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi urus setia di talian 013-266 7011.