fbpx

Lelaki direman ragut beg tangan warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (baju lokap jingga) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth, hari ini. -Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO! ONLINE

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes ragut seorang warga emas di Jalan Raja Uda, di sini semalam.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal di Mahkamah Majistret Butterworth terhadap suspek berusia 33 tahun itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Suspek yang mempunyai 10 rekod lampau itu tiba di pekarangan mahkamah dengan berpakaian baju lokap serta diiringi polis.

Difahamkan, mangsa diragut ketika sedang berjalan kaki menuju ke keretanya di Jalan Raja Uda di sini, kira-kira pukul 9 pagi semalam.

Suspek dikatakan menghampiri mangsa berusia 77 tahun dengan menunggang motosikal jenis Honda EX-5 sebelum meragut beg dipegang wanita itu.

Mangsa turut mengalami kerugian ribuan ringgit susulan kehilangan kunci kereta, telefon bimbit serta barang peribadi lain dalam beg terbabit.

Difahamkan, polis berjaya memberkas suspek pada hari sama di kawasan perumahan sekitar Hujung Batu di sini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI