KETIKA mengejutkan ramai dengan dakwaan berdepan penderaan domestik pada hujung tahun lalu, keadaan pelakon dan model Zahnita Wilson memang nampak serabai dan kurang bermaya.
Keadaan diri bekas peragawati terkenal itu mengundang simpati ramai memandangkan dahulu, dari sudut mana pun aksinya cukup mempesona.
Pulih dari sengsara, beberapa foto dimuat naik seorang jurusolek mempamerkan transisi Zahnita yang sangat ketara sehingga ada peminat menggelarkan dirinya pemilik wajah antarabangsa.
Melihat gaya segar, aktres berusia 39 tahun itu dikatakan bakal membuat ‘comeback’ ke dunia peragaan.
Baguslah macam tu. Ramai yang tertunggu-tunggu kemunculannya dalam televisyen. Mesti meletup.
DIVA: Siapalah agaknya yang bakal julang trofi juara Gegar Vaganza 11 dan Calpis Soda One In A Million (OIAM) malam ini, meriah pula hadiahnya!