SYDNEY – Seorang penangkap haiwan menemui 102 ekor ular di halaman belakang rumah yang didiami oleh seorang lelaki di pinggir kota raya Sydney, lapor saluran berita televisyen CNN semalam.
David Stein menghubungi pasukan pemindahan haiwan, Reptile Relocation Sydney selepas melihat beberapa ekor reptilia itu dalam timbunan daun kering dan bahan organik di belakang rumahnya.
Apabila penangkap ular, Dylan Cooper selesai menggali timbunan itu, dia menemui 102 ular berbisa termasuk lima ular dewasa dan 97 anak ular.
“Anak-anak ular ini baru menetas. Ia agak pelik,” kata pemilik Reptile Relocation Sydney, Cory Kerewaro.
Katanya, Cooper mengambil masa masa kira-kira tiga jam untuk mengeluarkan semua ular itu.
Reptilia yang ditemui tu ialah ular hitam perut merah berbisa, tambahnya
Semua ular itu akan dilepaskan ke habitat liar, kata Kerewaro. – AGENSI