fbpx

Kabinet tak bincang isu 435 rakyat Malaysia bakal diusir dari AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.-Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini tidak membincangkan mengenai dakwaan 435 rakyat Malaysia yang bakal diusir dari Amerika Syarikat oleh Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara berhubung perkara itu boleh dirujuk dengan Wisma Putra.

Media sebelum ini mendedahkan 435 rakyat Malaysia didakwa antara 1.44 juta individu yang menerima arahan akhir daripada ICE AS untuk pengusiran.

Mereka kini berada dalam doket bukan tahanan ICE dan menerima arahan akhir pengusiran selepas Donald Trump dilantik presiden AS untuk kali kedua.

Menurut ICE, warga asing yang menerima arahan akhir pengusiran masih boleh mendapatkan perlindungan melalui suaka di AS sebagai pelarian atau bawah Konvensyen Menentang Penyeksaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Wisma Putra melalui kenyataan memaklumkan Kedutaan Malaysia di Washington belum menerima sebarang notis rasmi daripada pihak berkuasa AS berhubung arahan akhir pengusiran itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI