fbpx

Kehadiran Johor Jewels serikan Klinik NSL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AN NAJWA (dua dari kanan) antara bintang skuad kebangsaan yang mewakili Johor Jewels hadir memeriahkan Klinik NSL baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Hampir 200 anak-anak Johor yang menyertai Klinik Netball Super League (Klinik NSL 2025) yang diadakan buat kali pertama di luar Lembah Klang berlangsung di Velodrom Iskandar Puteri baru-baru ini.

Kehadiran bintang-bintang dari Johor Jewels yang juga tonggak skuad bola jaring kebangsaan seperti Fariha Razak, An Najwa Azizan, Pow Mei Foong dan Syafazliyana Mohd. Ali turut memeriahkan program pembangunan bakat tersebut.

Selain mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada jurulatih bertauliah, peserta juga dapat beramah mesra dan berpeluang beraksi bersama pemain-pemain Johor Jewels dalam perlawanan persahabatan yang diadakan.

SEBAHAGIAN peserta yang hadir bergambar bersama barisan pemain Johor Jewels pada penganjuran Klinik NSL di Velodrom Iskandar Puteri baru-baru ini.

“Ini adalah kali kedua Klinik NSL diadakan selepas Klinik NSL di Sports Arena, Uniten. Penyertaan untuk Klinik NSL di Johor amat memberangsangkan di mana anak-anak Johor dari setiap daerah bersemangat untuk hadir seawal pukul 7 pagi bersama ibu-bapa ke Klinik NSL meskipun jauh.

“Selepas ini, satu lagi Klinik NSL akan diadakan di Stadium Kiara, Bukit Kiara pada 15 Februari. Ini adalah permulaan dan mungkin selepas ini Klinik NSL akan menjelajah ke negeri-negeri yang lain pula pada musim akan datang,” kata Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John.

Menurutnya, pihaknya sentiasa memperkasakan program akar umbi dan pembangunan sukan demi memupuk semangat dan minat generasi muda untuk aktif dalam bidang sukan seperti sukan bola jaring ini.

Selain memenangi barang-barang eksklusif dari penaja, peserta yang hadir juga berpeluang mendapat tiket percuma untuk menyaksikan kehangatan dan saingan NSL sementara peserta terbaik yang dipilih akan beraksi di dalam gelanggang sebenar NSL yang akan disiarkan secara langsung nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI