fbpx

Jadi duta ‘scammer’, artis tertipu atau gelap mata?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIKA berkait soal bayaran ratusan ribu ringgit, siapa pun tidak berkata 'ya', begitu juga selebriti. Mereka mudah dipergunakan jika tidak teliti membuat pilihan.

INDUSTRI hiburan kini panas dengan kisah tiga nama besar, Datuk Jalaluddin Hassan, Ziana Zain dan angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor terheret siasatan kes rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gara-gara menjadi duta sebuah syarikat perunding kewangan.

Profil artis yang terlibat bukan calang-calang, semuanya berpengalaman dan orang lama industri hiburan. Bagaimana mereka tertipu dan terperdaya sehingga bersetuju untuk bekerjasama masih menjadi tanda tanya?

Bintang senior Jalaluddin Hassan,71, yang menerima bayaran sehingga RM400,000 hanya untuk mempromosikan syarikat terbabit dalam media sosial, tiada perkara yang mencurigakan timbul sepanjang kerjasama sejak setahun lalu.

“Saya terkejut sebab selama bekerjasama semuanya baik-baik. Bila saya tanya bagaimana keadaan kewangan mereka dari dulu hingga kini, semuanya puas hati dan tiada yang mencurigakan.

“Kewangan juga terurus kerana kebanyakannya orang kita (Melayu),” kata Jalaluddin Hassan.

JALALUDDIN HASSAN

Demi membersihkan nama, Jalaluddin berjanji sedia memberi kerjasama terhadap SPRM, manakala Ziana Zain enggan mengulas lanjut.

Nama tiga selebriti itu menjadi sebutan apabila SPRM menjalankan operasi Ops Sky yang menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan dengan pegawai bank di beberapa institusi kewangan.

Sebanyak 98 akaun syarikat dan individu bernilai lebih RM22 juta dibekukan SPRM termasuk siasatan terhadap selebriti berkenaan susulan penahanan sekurang-kurangnya 27 individu terdiri daripada lapan pengarah syarikat dan 18 pegawai bank.

Lebih berhati-hati

Cubit paha kiri, paha kanan terasa. Apa yang berlaku terhadap Jalaluddin dan Ziana pasti memberi kepada penggiat seni lain.

Mengulas isu berkenaan, penyanyi Datuk Hattan percaya rakan segelanggang, Ziana Zain, langsung tidak tahu menahu tentang penipuan syarikat diwakilinya.

HATTAN menyifatkan adakalanya artis tidak tahu menahu status ‘hitam putih’ pihak yang menghulurkan tajaan dan tawaran kepada mereka.

“Saya rasa, jika ditawar menjadi duta, Ziana mana tahu benda begitu (scam). Tidak ada masa dia hendak periksa lesen atau sebagainya. Jika dia rasa benda itu logik, dia buatlah tetapi saya pun tidak tahu cerita ini sehingga ada yang bertanya,” ujar Hattan.

Perkara sama juga diperkatakan penyampai radio, Shiera atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired yang menegaskan selebriti bukannya tidak bijak, tetapi mungkin tidak memahami kontrak.

SHARIFAH Shahirah yakin golongan artis tidak bodoh.

Penyanyi Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah, 37, juga pernah berdepan dengan kejadian yang serupa apabila menerima tawaran luar biasa sebanyak RM200,000 untuk menjadi ‘wajah’ sebuah syarikat saham bagi tempoh enam bulan satu ketika dahulu.

BLACK hampir gelap mata dengan tawaran mencecah RM200,00 yang pernah diterima daripada pihak kurang menyakinkan sebelum ini.

Namun, selepas memeriksa latar belakang syarikat dan terdapat keraguan, Black memilih untuk menolak tawaran tersebut secara baik.

“Saya tahu selebriti seronok menjadi duta dan sukar hendak tolak tawaran yang diberikan, tambahan jumlah yang lumayan. Cuma perlu hati-hati dan ingat selebriti ada pengaruh dan tanggungjawab yang besar.

“Saya tidak mahu nanti hujung-hujung, kita yang dipersalahkan. Mungkin orang percaya disebabkan kita dan kerana kita juga orang ramai mengalami kerugian.

“Rasa tidak seronok begitu kerana sebagai selebriti kita sudah untung dengan bayaran sebagai duta tetapi orang ramai pula tertipu,” ujar Black.

Bercakap isu serupa, penyanyi Hazama pula menyifatkan isu ‘scammer’ bukan asing dalam industri hiburan. Ditipu dan tertipu merupakan perkara biasa yang dialami selebriti.

Tetapi isu ‘scammer’ membabitkan SPRM dan menjadi isu negara telah membuka mata banyak pihak bukan sahaja golongan selebriti tetapi juga orang ramai untuk lebih berhati-hati.

“Tidak boleh salahkan selebriti 100 peratus, mungkin ‘scammer’ santuni mereka dengan cara yang baik dan nampak meyakinkan. Hati-hati sajalah selepas ini,” jelas Hazama.

HAZAMA hanya mahu berhati-hati agar tidak terjebak kes ditipu atau menipu.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI