fbpx

Tukang masak mengaku cederakan saudara lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hee Leng (kanan) tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Seorang tukang masak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah terhadap saudara lelakinya, bulan lalu.

Tertuduh, Oh Hee Leng,25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas lelaki berusia 33 tahun di Kampung Telok, Sungai Dua pada 31 Januari lalu, kira-kira pukul 4 pagi.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Jamal sebelum itu memaklumkan tiada sebarang jaminan ditawarkan memandangkan perbuatan tertuduh adalah di bawah kesalahan tidak boleh dijamin.

Selain itu, mangsa yang dirawat di hospital dilaporkan masih belum sedarkan diri.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 7 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula untuk mendapatkan laporan perubatan mangsa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI