fbpx

KASA keluarkan Perintah Berhenti Kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penduduk kampung melihat kemusnahan air terjun Tanjung Batu yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Segari Melintang akibat aktiviti kuari batu. Foto -ZULFACHRI ZULKIFLI.

PUTRAJAYA – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mengeluarkan Perintah Berhenti Kerja (PL) kepada sebuah operator kuari susulan kerosakan di Hutan Simpan Segari Melintang, Manjung, Perak baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perintah itu dikeluarkan mengikut Seksyen 34AA, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pada 20 Januari lalu bagi menghalang operator kuari itu beroperasi.

Beliau berkata, tindakan itu juga diambil bagi mengambil tindakan baik pulih dilaksanakan dengan serta-merta seperti kawalan hakisan, kawalan air larian permukaan, kawalan sedimen, penstabilan cerun dan penyelenggaraan dengan segera.

“Sebelum ini, pasukan penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak bersama-sama dengan Pejabat EXCO Alam Sekitar Negeri Perak dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah ke tapak projek untuk menjalankan siasatan dan memantau pematuhan syarat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).

“Pemantauan udara menggunakan dron telah dijalankan bagi melihat secara keseluruhan kawasan yang telah dibuka dan keadaan lokasi aduan,” katanya dalam kenyataan akhbar semalam.

Tuan Ibrahim berkata, hasil siasatan mendapati kejadian yang berlaku disebabkan kegagalan menguruskan sisa-sisa kayu dan sisa tanah dengan baik menyebabkan sisa itu tersebut masuk ke dalam sungai.

Beliau berkata, siasatan awal di tapak mendapati enam ketidakpatuhan syarat kelulusan EIA telah dikenal pasti terutama membabitkan kerja-kerja tanah dijalankan tanpa mengikut pelan Land Disturbing-Pollution Prevention and Mitigation Measures (LD-P2M2) yang diluluskan.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI