fbpx

Lelaki 72 tahun didakwa pegang belakang budak 8 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga emas lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini. Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

SEREMBAN – Seorang warga emas lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual ke atas kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di Port Dickson, empat tahun lalu.

Tertuduh, Said Sapie, 72, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal dengan cara memegang dan mengosok aset belakang kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia lapan tahun.

Perbuatan itu dilakukan di tepi Pantai Kuala Lumpur di Chuah kira-kira pukul 1 tengah hari pada Mac 2021.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Baizura Mohd Saubian kemudiannya menawarkan wang jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan lapor diri di balai polis berhampiran serta tidak menganggu mangsa dan semua saksi. Tarikh sebutan semula kes ditetapkan 7 Mac ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI