fbpx

[VIDEO] Nyaris dirempuh, abang Grab ‘insan bertuah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan kemalangan hampir meragut nyawa seorang penghantar makanan.

PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan mengalami detik cemas apabila nyaris dirempuh dalam satu kemalangan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang.

Menerusi rakaman dari kamera papan pemuka sebuah kenderaan menunjukkan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan secara tiba-tiba melanggar sebuah lagi kenderaan di simpang tersebut.

Dalam situasi mendebarkan itu, penunggang motosikal yang dipercayai seorang ‘rider’ Grab sedang berhenti di lampu isyarat dan hampir menjadi mangsa nahas tersebut.

Kejadian itu menarik perhatian ramai, dengan rata-rata pengguna media sosial menyifatkan penghantar makanan berkenaan sebagai insan bertuah kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Naya, tapi abang Grab umur panjang. Semoga dipermudahkan urusan pemandu kereta yang kena langgar tu,” kata seorang pengguna, Nurhidayah.

“Malaikat lindungi abang Grab,” ujar Faez.

“Syukur tak langgar rider Grab. Kalau kena, boleh melayang nyawa! Sudahlah laju,” komen Carollyna Danny Tg.

Selain meluahkan rasa lega terhadap nasib penunggang motosikal itu, pengguna media sosial turut mengecam tindakan pemandu yang dikatakan memandu secara berbahaya hingga hampir mengakibatkan tragedi lebih buruk.

“Dia datang meluru macam kawan dah lama tak jumpa,” sindir Othery Dell.

“Apa pandu kereta macam tu? nyaris langgar motosikal tu! bahaya betul,” tegas Zulkifli Kuak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI