fbpx

‘Keras juga yuran tadika sekarang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dengan sesi persekolahan bakal bermula, ibu bapa kini mula membayar yuran tadika anak-anak mereka, termasuk bayaran pendaftaran tahunan dan yuran bulanan yang ditetapkan oleh institusi pendidikan awal kanak-kanak.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati terdapat pelbagai pandangan dalam kalangan ibu bapa mengenai kos pendidikan awal, terutama bagi mereka yang memilih tadika swasta yang menawarkan kurikulum khas seperti pendidikan Islam, dwibahasa, dan pendekatan Montessori.

Bagi kebanyakan ibu bapa, pemilihan tadika bukan hanya bergantung pada lokasi dan silibus pembelajaran, tetapi juga kemampuan kewangan untuk menampung yuran yang kadangkala mencecah ribuan ringgit setahun.

Di media sosial, ramai ibu bapa berkongsi mengenai kos pendidikan awal yang semakin meningkat, sementara ada yang lega kerana telah menyelesaikan bayaran sejak tahun lepas.

“Alhamdulillah, fasa ni saya dah lepas tahun lepas. Sekarang baru boleh tarik nafas lega! Semoga dipermudahkan kepada ibu bapa yang baru nak mula, memang terasa juga sebab yuran pendaftaran boleh tahan tinggi,” kata Vamoz.

“Saya dah selesaikan bayaran sejak Disember tahun lepas. Dapat bonus terus bayar habis, jadi tak perlu pening fikir lagi. Itupun tidak termasuk dengan yuran untuk permainan petang,” tambah ChepuanAtHea.

Walau bagaimanapun, bagi sesetengah ibu bapa yang memilih tadika swasta, mereka menganggap pelaburan awal ini sebagai sesuatu yang berbaloi untuk pembangunan anak-anak.

“Untuk pendidikan awal ni perlu berkorban sikit. Nanti dah sekolah rendah barulah kerajaan. Di mana pun tempat belajar, semoga anak-anak kita semua berjaya dunia akhirat,” kata Nurnadia.

“Tadika memang kena melabur sikit. Saya dulu masukkan abang dan kakak ke tadika swasta, memang beribu bayarannya. Tapi bila masuk sekolah rendah, terus rasa macam jadi orang kaya sebab jimat banyak!” tulis Habibah.

“Tahun lepas dah rasa bebanannya. Menangis juga bila tengok jumlah keseluruhan, tapi Alhamdulillah, hasilnya memang berbaloi dengan ilmu yang anak dapat,” kata Milo. – KOSMO! ONLINE

Kemas yuran RM300 | Bulanan RM30
Little Caliph – Yuran RM2,033 | Bulanan RM560
Q-dees – Yuran RM3,260 | Bulanan RM690 (sepenuh hari)
Keedsflix – Yuran RM1,900 | Bulanan RM700
Brainy Bunch – Yuran RM2,000 | Bulanan RM300
Pasti – Yuran RM835 | Bulanan RM340 (sepenuh hari)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI