fbpx

66 jenazah Palestin dalam busut pasir 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA mengeluarkan 20 mayat penduduk Palestin yang terbunuh semasa serangan Israel di Sheikh Zayed, utara Faza pada 2 Februari lalu. – ANADOLU

GAZA – Pasukan pertahanan awam mengeluarkan jenazah 66 rakyat Palestin daripada beberapa busut pasir yang dibina oleh tentera Israel di utara Gaza, kata agensi berkenaan seperti laporan agensi berita Anadolu.

“Kubur busut itu ditemui di sebilangan kawasan di Bandar Gaza dan utara wilayah ini,” kata jurucakap Pertahanan Awam,  Mahmoud Basal kepada Anadolu.

Beliau berkata, 37 jenazah ditemui di bandar Jabalia, utara Gaza dan 29 yang lain dijumpai di Kem Pelarian Shati, Bandar Gaza.

“Banyak lagi kubur seperti ini yang belum ditemui selepas penduduk Palestin terpaksa menanam mayat di jalanan, dataran dan taman awam ketika Israel melancarkan serangan darat.

“Pasukan Pertahanan Awam dan petugas perubatan gigih bekerja untuk mengesan jenazah di bawah timbunan runtuhan dan  busut pasir di sebalik sumber yang terhad,” katanya 

Jurucakap itu berkata, cuaca buruk di Gaza menyebabkan berpuluh-puluh khemah pelarian di Gaza terbang ditiup angin, manakala sebilangan lagi dimasuki air hujan. 

“Gaza memerlukan segera 120,000 khemah untuk menampung penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka dimusnahkan di Gaza.

“Khemah yang dibawa masuk ke Semenanjung Gaza setakat ini tidak memenuhi piawan minimum dari sudut kualiti dan kuantiti serta tidak sesuai dengan keadaan di sini,” tambah Mahmoud.

Beliau menyeru masyarakat antarangsa segera bertindak untuk menyelamatkan dan menyediakan keperluan asas kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI