fbpx

Pembantu kedai mengaku salah tinggalkan bayi di kedai makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR ZAINAB (tengah) diiringi pegawai dan anggota polis di Kompleks Mahkamah Kangar, hari ini.

KANGAR – Seorang pembantu kedai mengaku bersalah atas tuduhan meninggalkan bayi perempuan yang baru dilahirkannya di sebuah kedai makan di Simpang Empat pada 19 Januari ini.

Tertuduh, Nor Zainab Jamaludin, 30, yang juga ibu kepada empat orang anak membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Ana Rozana Mokhtar di Kompleks Mahkamah Kangar di sini hari ini.

Prosiding pertuduhan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Siti Hajar Che Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, Nor Zainab dituduh meninggalkan seorang bayi perempuan yang dilahirkan olehnya di sebuah kedai makan di Kampung Rama, Sanglang dekat sini sekitar pukul 6.30 pagi pada 19 Januari lalu.

Tertuduh melakukan satu kesalahan di bawah di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya

Mahkamah kemudiannya menetapkan ikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 19 Mac depan bagi serahan laporan kimia.

Tertuduh gagal membayar ikat jamin dan dibawa ke Penjara Pokok Sena di Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI