fbpx

Abang polis selamatkan anjing dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar anggota polis membantu mengeluarkan anjing di dalam longkang yang cedera dipercayai akibat kemalangan di kilometer tiga, Jalan Bahau-Juasseh, semalam.

JEMPOL – Tindakan tiga anggota polis menyelamatkan seekor anjing yang cedera di dalam longkang di Kilometer 3, Jalan Bahau-Juasseh di sini semalam, menarik perhatian ramai.

Lans Koperal Adrian Johnny, 31, berkata, dia tidak menyangka aksinya menyelamatkan anjing itu di dalam longkang menggunakan plastik tular di media sosial.

Katanya, ketika kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari, dia bersama penyelia, Koperal Mohd. Rasul Putera Mohd. Shahauddin, 35, dan seorang lagi anggota, Koperal Muhamad Zulhairi Yahaya, 33, sedang melakukan tugasan.

“Kami berada dekat lokasi itu untuk melakukan pemeriksaan kenderaan. Selepas selesai operasi di situ, kami dengar bunyi salakan anjing dan cuba mencarinya.

“Rupa-rupanya anjing itu berada di dalam longkang. Mungkin anjing ini cedera akibat dilanggar kenderaan. Kami kemudian mengeluarkan anjing tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, walaupun dia bukan Islam dan berasal dari Sarawak, dia jarang-jarang memegang anjing, namun memberanikan diri kerana kasihankan binatang itu.

“Kami gembira dapat selamatkan nyawa walaupun hanya binatang kerana sebagai manusia kita kena juga ada hati dan perasaan kasihan kepada binatang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI