WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif membenarkan Washington berbuat demikian, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.
Trump menuduh mahkamah di The Hague, Belanda itu menyasarkan Amerika dan sekutu rapatnya, Israel berhubung tuduhan-tuduhan yang tidak sah.
Langkah itu menyebabkan individu dan keluarga mereka yang membantu siasatan ICC terhadap rakyat atau sekutu AS dikenakan sekatan kewangan dan visa oleh Washington.
Trump menandatangani dekri Presiden itu ketika Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu melawat Washington.
Pada November tahun lalu, ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu kerana melakukan jenayah perang di Semenanjung Gaza dan seorang komander Hamas.
Perintah eksekutif Trump itu menyatakan tindakan ICC boleh menjadi pendahuluan yang membahayakan rakyat AS dengan mendedahkan mereka kepada gangguan, penderaan dan kemungkinan penangkapan. – AGENSI