fbpx

Dua pesawat berlanggar di landasan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan ekor pesawat Delta Airlines dilanggar di landasan Lapangan Terbang Seattle-Tacoma. - X

WASHINGTON – Dua pesawat berlanggar di landasan dalam insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma, Washington, lapor portal berita The Independent semalam.

Kejadian berlaku sekitar pukul 10.40 pagi (waktu tempatan) kelmarin di kawasan bukan di bawah kawalan trafik udara.

Syarikat penerbangan Delta Airlines berkata, ekor pesawatnya putus dilanggar kapal terbang milik Japan Airlines yang tiba dari Tokyo. 

“Penerbangan tersebut membawa 142 penumpang menuju ke bandar Puerto Vallarta, Mexico semasa kejadian.

“Semua penumpang telah diturunkan dan dibawa ke terminal. Tiada kecederaan dilaporkan. 

“Kami memohon maaf atas pengalaman dan kelewatan dalam perjalanan,” kata Delta Airlines dalam satu kenyataan.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata, siasatan sedang giat dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI