fbpx

Wanita warga emas mati dibunuh, dua waris ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang wanita warga emas mati dibunuh di ruang tamu dengan bertutup kain batik di sebuah rumah di Taman Sri Skudai, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan wanita yang berusia 79 tahun itu pada pukul 7.08 malam.

“Siasatan awal mendapati beberapa barang milik mangsa hilang dan dipercayai dicuri. Pemeriksaan oleh pihak perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Siasatan lanjut mendapati terdapat unsur-unsur jenayah yang menyebabkan kematian,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Balveer Singh berkata, hasil soal siasat yang dijalankan ke atas waris mangsa mendapati keterangan yang diberikan meragukan.

Sehubungan dengan itu, katanya, pihaknya menahan seorang lelaki berusia berusia 51 tahun dan seorang wanita 58 tahun untuk membantu siasatan.

Katanya, polis turut merampas dua telefon bimbit beserta sim kad, pakaian suspek, bantal dan dua cebisan resit pajak gadai.

“Semakan rekod jenayah mendapati seorang suspek mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah dan seorang lagi suspek tidak mempunyai rekod lampau,” katanya.

Balveer Singh berkata, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 12 Februari.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI