PETALING JAYA – “Ini bilik siapa ni, ini bukan setakat ular, abang bomba pun tak jumpa jalan keluar,” antara komen pengguna media sosial selepas menyaksikan satu klip video tular di media sosial hari ini.
Menerusi satu video yang dikongsikan di Tik Tok, sekumpulan anggota bomba dilihat sedang mencari seekor ular dalam sebuah bilik.
Namun, yang menarik perhatian netizen adalah tentang keadaan bilik tersebut yang kelihatan sangat berselerak serta dipenuhi dengan barang.
Video tersebut juga turut menyaksikan bagaimana kesukaran abang bomba dalam misi mereka mencari ular sehinggakan ada anggota terjatuh akibat daripada melanggar barang.
Bilik tersebut difahamkan adalah sebuah bilik yang dijadikan sebagai stor oleh pemilik rumah.
“Patut lah ular masuk, bilik berselerak macam ni. Tengok abang bomba pun susah nak jalan, macamana la mereka nak jumpa ular tu,” kata Hana Nordin.
“Kelakar muka abang bomba, tengok macam pasrah sangat dengan keadaan bilik tu. Tak tahu berapa lama dah ni tak bersih. Bahaya, ular suka bilik kotor macam ni,” kata Farah Hanan. – KOSMO! ONLINE.
@xtra_my Katanya bomba tengah cari ular. Tapi kalau bilik gaya gini, bukan ular tak jumpa, jalan keluar pun tak jumpa. Ini bilik apa dik? 😭😭 #fyp #xtra #bomba #bilik #semak #serabut #ular #beritaditiktok #sembangentertaiment ♬ original sound – XTRA