fbpx

‘Gurauan berlebihan boleh buat orang tak selesa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMBALI aktif selepas berkurung hampir sebulan akibat kehilangan ibu tercinta, Scha kini banyak menerima pelawaan menjadi wajah kempen baju raya keluaran pereka fesyen tanah air. – FIRDAUS JOHARI

BUKAN sekadar hidup dilingkungi populariti, golongan selebriti merupakan suri teladan yang seharusnya menjadi contoh baik kepada masyarakat menerusi perkongsian hal bermanfaat.

Pelakon Scha Alyahya antara yang galak memberikan pelbagai pengisian menerusi media sosialnya dengan mengetengahkan pelbagai hantaran.

Antaranya mengingatkan masyarakat terutama berkaitan budaya mempersendakan seseorang, termasuk menghina wajah, badan atau fesyen.

Ujar pemilik nama lengkap Sharifah Nor Azean Mahadzir, 42, budaya menjenakakan bentuk tubuh dan fizikal seseorang harus dihentikan walaupun sekadar gurauan kerana mampu mencetuskan rasa kurang selesa pihak lain.

“Apabila ‘face shaming’ (mempersendakan wajah) diketengahkan dalam media sosial itu bermakna benda ini sangat toksik.

“Ini adalah masa untuk hapuskan. Dahulu bukan tiada kesedaran tetapi kita rasa gurauan.

“Kadang-kadang gurauan tiada sekatan sehingga buat sesetengah orang tak selesa,” katanya kepada HibGlam.

Berkongsi lanjut, pelakon filem Air Force: The Movie – Selagi Bernyawa itu menjelaskan budaya henti menghina seseorang sudah dididik dalam pelajar agar dapat menjaga hati orang sekeliling.

“Sekarang kena lebih sedar dan sensitif dengan apa kita buat. Dahulu bila bercakap kita akan rujuk badan atau wajah untuk menggambarkan seseorang.

“Benda ini sudah dimulakan di sekolah, jangan guna wajah, badan atau perkara sensitif sebaliknya jaga sensitiviti dengan orang lain. Niat kita tiada apa cuma perkara tersebut jadi kurang ajar, itu yang kita tidak mahu.

“Mempersendakan fesyen seseorang selagi tidak lukakan hati, tak langgar sempadan dan tahu limit, tak mengapa. Bermula dari sekarang dan praktis, lama-lama kita akan faham,” ujarnya lagi.

Duta baju raya

Dalam perkembangan lain, Scha merupakan duta kepada kolaborasi Shawl Publika dan Seth & Luna bagi koleksi raya.

“Ini tahun kedua saya dengan Shawl Publika kolaborasi dengan Seth Luna. Saya akan bekerjasama sekurang-kurangnya dua kali tidak kira dalam industri apa pun.

“Koleksi tahun ini banyak perbezaan dari segi fabrik. Ada juga baju yang digayakan dengan seluar dan banyak perincian ditambah.

“Banyak elemen dan faktor lain yang membuatkan saya cakap ya untuk bekerjasama dengan Shawl Publika dan Seth & Luna selain kami sudah lama berkenalan.

“Paling penting tengok sama ada bagi manfaat kepada dua belah pihak dan audiens yang ditarget,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI