fbpx

Pesawat mendarat terbalik di pantai 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat ringan terbalik di sebuah pantai di Banyuwangi, Indonesia. - Istimewa

JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan sebuah pesawat ringan milik Akademi Aviasi Indonesia (API) terbalik di sebuah pantai selepas melakukan pendaratan cemas, lapor portal berita IDN Times kelmarin. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan) di Pantai Gumuk Kantong,  Banyuwangi, wilayah Jawa Timur. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok menunjukkan pesawat jenis  Cessna 172S Skyhawk SP itu terapung dalam keadaan terbalik di atas permukaan air. 

Penduduk tempatan bergegas mengeluarkan dua penumpang yang berada di dalamnya. 

Ketua operasi agensi penyelamat tempatan, Didit Arie Ristandy berkata, pesawat itu terpaksa mendarat cemas selepas kehilangan kuasa akibat masalah enjin.

“Kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan. Mereka dibawa ke klinik API Banyuwangi. 

“Pihak berkuasa akan memindahkan pesawat sebelum diserahkan kepada API,” tambah Didit. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI