fbpx

Segera umum tarif elektrik – Samenta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PMKS berdepan kenaikan pelbagai kos tahun ini, termasuk pelaksanaan gaji minimum dan kos pematuhan lain oleh agensi kerajaan. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan di­sa­rankan supaya menentukan kuan­tum kenaikan tarif elektrik se­cepat mungkin bagi mena­ngani sebarang ketidaktentuan yang boleh menjejaskan strategi perniagaan, menurut Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (Samenta).

Presidennya, Datuk William Ng berkata, semakin cepat pengumuman dibuat, semakin cepat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dapat merancang perniagaan mereka.

“Kerajaan harus tentukan kuan­­tum kenaikan secepat mungkin. PMKS sudah pun mengha­dapi kenaikan kos yang agak ke­tara, termasuk kenaikan gaji mi­­nimum dan kos pematuhan lain, selain kenaikan cukai dan caj perkhidmatan oleh pelbagai agensi kerajaan serta pihak berkuasa tempatan.

“Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, sebarang kenai­kan kos akan memberi impak kepada keberuntungan dan ke­langsungan perniagaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang Dewan Rakyat pada Selasa menegaskan kenaikan tarif elektrik yang akan dilaksanakan bermula Julai hanya melibatkan sektor industri serta golongan berpendapatan tinggi, tanpa memberi kesan kepada 85 peratus rakyat.

Katanya, kenaikan tarif adalah mengikut kaedah Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api.

Tambahnya, kerajaan juga telah menegur Tenaga Nasional Ber­had (TNB) berhubung peng­u­­muman kenaikan kadar tarif elektrik sebelum ini, yang dibuat secara umum.

Sementara itu, Samenta turut mendesak TNB supaya lebih telus mengenai langkah-langkah pe­ngurangan kos mereka.

“Ketika perniagaan dimin­ta me­mbayar lebih untuk menge­kal­kan keuntungan syarikat tersebut, adalah wajar bahawa orang ramai mengetahui apa yang sedang dan telah dilakukan oleh TNB untuk mengekang kos mereka,” ujar William.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI