fbpx

Suami isteri ‘kebas’ emas rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beg plastik yang digunakan untuk mencuri emas dan wang kertas milik mangsa. - Kompas

JAKARTA  – Sepasang suami isteri menjadi tular selepas mereka ditangkap mencuri emas dan wang bernilai puluhan juta rupiah daripada sebuah rumah yang terbakar, lapor laman berita Kompas semalam. 

Kejadian berlaku di Desa Bonne-Bonne di Polewali Mandar, wilayah Sulawesi Barat pada 3 Februari lalu. 

Imej dimuat naik di media sosial memaparkan pasangan itu cuba melarikan diri dengan beg plastik berisi barang kemas dan wang tunai.

Ketika pemilik rumah cuba menyelamatkan diri, mereka bukan menolong tetapi ‘mengintai’ barang berharga untuk diambil. 

Plastik tersebut berisi emas 20 gram, wang kertas bernilai 10 juta rupiah (RM2,714) dan beberapa dokumen penting termasuk geran kereta.

“Mereka ditahan di Balai Polis Polewali Mandar, manakala barang yang dicuri telah dipulangkan kepada pemiliknya,” kata pihak berkuasa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI