fbpx

Empat didakwa provokasi terhadap polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret George town hari ini berhubung kes provokasi terhadap anggota polis.

GEORGE TOWN – Empat individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghalang penjawat awam melakukan tugas dalam insiden kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Sri Tanjung, Tanjung Tokong, di sini Ahad lalu.

Bagaimanapun hanya dua daripada mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rosnee Mohd. Radzuan.

Tertuduh, Shahrizal Anuar, 38, dan Mohd. Safwan Akbar, 29, mengaku bersalah, manakala Mohd. Hafiz Nasri Shah, 28, dan Mohd. Danial Al Arabia Mohd. Rafi, 24, mengaku tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan cara membuat provokasi terhadap tiga anggota polis pada pukul 5.40 petang, 17 Januari lalu di simpang lampu isyarat Jalan Tanjong Tokong, di sini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Komisioner Siti Hajar Jaafar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 25 Januari ini sebagai tarikh menjatuhkan hukumanan terhadap Shahrizal dan Mohd. Safwan, manakala sebutan semula kes terhadap Mohd. Hafiz dan Mohd. Danial Al Arabia pada 25 Februari.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin terhadap kesemua tertuduh.

Sementara itu, di mahkamah sama, keempat-empat mereka serta tiga yang lain iaitu Azizul Mohamad, 45, Mohd. Idris Ayob, 25, dan Danish Ikmal Mohd. Shafiq Samugam, 20, mengaku bersalah atas pertuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di lokasi dan masa yang sama.

Sebelum ini tular di media sosial selepas beberapa individu mendakwa dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal ditendang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) ketika mengejar penunggang terbabit yang dikatakan tidak mengenakan topi keledar sehingga terbalik.

Bagaimanapun penunggang berkenaan sebenarnya terlibat kemalangan selepas berlanggar dengan sebuah kereta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI