fbpx

Polis buru lelaki lepaskan tembakan di Brussels

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki melepaskan tembakan rambang di stesen Clémenceau, bandar Anderlecht. - RTBF

BRUSSELS – Polis Belgium masih mengesan beberapa lelaki yang melepaskan tembakan rambang dalam kejadian di sebuah stesen kereta api bawah tanah dekat Brussels, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 6.15 pagi (waktu tempatan) di stesen Clémenceau, bandar Anderlecht, barat Brussels. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan dua suspek memakai topeng hitam masuk ke stesen metro tersebut sambil membawa senjata api. 

“Kumpulan itu terdiri daripada dua hingga tiga orang,” kata polis. 

Rakaman lain dari sebuah bangunan berdekatan menunjukkan dua lelaki itu berjalan di pintu masuk stesen metro berkenaan sambil mengacukan senjata api ke arah penumpang.

Mereka kemudian melepaskan tembakan rambang menyebabkan orang ramai bertempiaran melarikan diri ke dalam stesen. 

“Tiada kecederaan dilaporkan. Kami turut menemui beberapa butir peluru di luar stesen,” tambahnya. 

Suspek dipercayai melarikan diri ke dalam terowong bawah tanah menuju ke arah selatan. Pencarian besar-besaran yang dijalankan menyebabkan banyak rangkaian pengangkutan terhenti.

Jurucakap Polis Brussels, Sarah Frederickx berkata, polis perlu berhati-hati kerana senjata yang digunakan masih dalam simpanan mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI