fbpx

Warga emas rugi lebih RM2.8 juta ditipu pelaburan di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lelaki warga emas berusia 68 tahun kerugian lebih RM2.8 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan melalui aplikasi TikTok.

Mangsa yang bekerja sebagai perunding tertarik dengan iklan pelaburan ‘Clear Bridge Gold Community Gold Trading’ sebelum dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp bagi mendapatkan penerangan lanjut mengenai keuntungan yang bakal diperoleh.

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa kemudian ditawarkan empat jenis pelaburan berbeza Clear Bridge Gold Community Trading, Pictet (VIP) 99 Group Bitcoin Trading, Axiom Share Trading Bulk Trading dan 105 Malay Investment Collective.

“Mangsa melakukan sebanyak 48 transaksi pembayaran sejak Oktober 2024 hingga Januari 2025 berjumlah RM2,821,654 ke dalam 23 akaun bank,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat JSJK, Menara KPJ di sini, hari ini.

Menurut beliau, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Kota Kinabalu, Sabah pada 27 Januari lalu selepas menyedari dirinya ditipu selepas tidak menerima sebarang pulangan seperti dijanjikan.

Polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI