DUNGUN – Nyawa seorang buruh binaan warga Indonesia masih panjang walaupun tertimbus hingga paras dada sewaktu menggali lubang tangki kumbahan sebuah kafe di Pantai Teluk Lipat di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 11.35 pagi itu, mangsa berusia 49 tahun diselamatkan sepasukan anggota bomba selepas hampir dua jam tertimbus dalam runtuhan tanah tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun, Sharizal Shamsudin berkata, sewaktu kejadian, mangsa dan beberapa rakan sekerja sedang melakukan kerja menggali lubang tangki kumbahan kafe sebelum berlakunya rntuhan tanah.
“Runtuhan tanah itu menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam lubang sehingga tertimbus paras dada.
“Sepasukan anggota BBP Dungun yang menerima maklumat bergegas ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa,” katanya di sini hari ini.
Mohamad berkata, kerja-kerja menarik keluar lelaki asing itu dari timbunan tanah dilakukan dengan menggunakan peralatan seperti tali dan penyodok.
“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan enggan menjalani pemeriksaan di hospital,” katanya. – KOSMO! ONLINE