fbpx

Helikopter terbakar di Bentong didaftarkan di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan helikopter yang terbalik dan terbakar ketika mendarat berhampiran Kolam Air Panas dekat Jalan Lama Kuala Lumpur hari ini.

LIPIS – Polis mengesahkan helikopter yang terhempas berhampiran Kolam Air Panas dekat Jalan Lama Kuala Lumpur di Bentong pagi tadi terlibat dengan kerja mengangkut bahan binaan bagi projek Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, helikopter yang didaftarkan di Indonesia itu telah melakukan enam penerbangan sejak 21 Januari lalu.

Katanya, siasatan awal kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi ketika helikopter dikemudi oleh juruterbang warga Indonesia berusia 44 tahun untuk mengisi minyak di kawasan tersebut.

“Juruterbang menyatakan helikopter yang dikemudi turun untuk mengisi minyak dan semasa helikopter hampir sampai ke bawah (darat) ia telah terbalik dan terbakar.

“Kejadian itu menyebabkan serpihan kipas helikopter telah terkena seorang lelaki warga Indonesia berusia 27 tahun yang berada di bawah yang menunggu untuk mengisi minyak.

“Ketika kejadian hanya juruterbang sahaja berada di dalam helikopter dan ia tidak membawa bahan binaan,” katanya ketika ditemui sempena Majlis Perasmian Kilang Peluru Automasi Tinggi Pertama Di Malaysia milik Ketech Asia Sdn. Bhd. (Ketech Asia), di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI