fbpx

Tiga ladang babi ada wabak ASF disita di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham ketika sidang akhbar hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Sebanyak tiga ladang babi di Selangor disita selepas ternakan itu disahkan positif jangkitan wabak demam babi Afrika (ASF), baru-baru ini.

Ladang itu melibatkan dua kawasan yang diklasifikasikan sebagai zon merah iaitu Sungai Blankan, Sepang dan Kampung Tumbuk, Tanjung Sepat, Kuala Langat.

Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri, Datuk Izham Hashim berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menerima maklumat mengenai jangkitan ASF ke atas sejumlah babi di beberapa ladang di dua daerah itu pada 22 Januari lalu.

Jelas beliau, pemeriksaan rapi kemudian segera dijalankan ke atas 29 ladang yang melibatkan 25,000 ekor babi bagi mengesahkan wabak tersebut.

“Keputusan analisis sampel yang diterima DVS Selangor sehingga semalam mendapati tiga daripada ladang itu sah dijangkiti ASF.

“Kesemua babi yang diperiksa itu di perintah kepada penternak untuk dikuarantin selaras peruntukan Subseksyen 18 (2) Akta Binatang 1953 (Akta 647),” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Menurut Izham, sebanyak 920 babi melibatkan ladang di Sungai Blankan telah dilupuskan manakala kira-kira 1,500 haiwan disahkan positif di dua lagi ladang lain setakat ini.

“Kesemua ladang itu kini disita bagi tindakan lanjut termasuk melakukan survelan aktif dan pemantauan secara berterusan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI