fbpx

Nenek cemas, cucu nyenyak tidur nyaris terperangkap dalam rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadam kebakaran sebuah rumah di di Kampung Pangkal Kala, Bunut Susu dekat Pasir Mas hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

PASIR MAS – Seorang nenek hanya mampu menjerit selepas menyedari dua cucu masih nyenyak tidur di dalam bilik selepas rumahnya di Kampung Pangkal Kala, Bunut Susu di sini terbakar pada awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, Nurhana Mohd. Hazwan yang berusia tiga bulan dan abangnya Mohd. Hanif, 3, sedang tidur di tingkat atas rumah sebelum ibu bapa mereka menyedari kebakaran berlaku di sebuah bilik yang dijadikan stor.

Nenek kepada kedua kanak-kanak itu, Siti Zaharah Deraman, 72 berkata, dia dan suaminya, Che Hussin Ismail, 82, sedang tidur di dalam bilik di tingkat bawah sebelum dikejut anaknya yang terhidu asap dan terdengar letupan kecil.

Menurutnya, sebaik menyedari rumahnya terbakar, dia menjerit supaya anaknya itu membawa keluar dua cucu yang sedang tidur di tingkat atas.

“Saya sempat mencapai beg tangan yang mengandungi dokumen termasuk barang berharga sebelum bergegas keluar bersama suami yang bertongkat kerana menghidap angin ahmar, kencing manis dan darah tinggi.

“Saya mengesyaki kebakaran itu berpunca daripada litar pintas kerana sistem pendawaian di dalam bilik berkenaan sudah lama,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian hari ini.

Zaharah memberitahu, dia dan keluarganya menumpang di rumah adik yang juga terletak di kampung itu buat sementara itu.

Katanya, kebakaran itu menyebabkan dia mengalami kerugian hampir RM100,000 apabila hampir keseluruhan rumahnya hangus terbakar.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Azmi Husin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.22 pagi sebelum 14 anggota bomba dari dua buah balai bergegas ke lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI