fbpx

Helikopter kedua diarah henti kerja – TNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan helikopter yang terbalik dan terbakar ketika mendarat berhampiran Kolam Air Panas dekat Jalan Lama Kuala Lumpur hari ini.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengarahkan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang turut terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan di tapak projek.

Ia susulan helikopter pertama terhempas ketika mendarat untuk mengisi minyak berdekatan tapak projek TNB di kawasan Bentong.

TNB dalam kenyataan di Facebook berkata, buat masa kini pasukan bomba telah memadamkan kebakaran di lokasi kejadian.

“Laporan awal menyatakan bahawa juruterbang berjaya dikeluarkan dengan selamat, manakala seorang pekerja syarikat helikopter (warga Indonesia) meninggal dunia.

“TNB akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, seluruh warga TNB merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang pegawai pembantu helikopter maut selepas helikopter jenis Bell 206 Long Rang L4 dinaikinya terbalik dan terbakar ketika mendarat  berhampiran Kolam Air Panas dekat Jalan Lama Kuala Lumpur, di sini hari ini. di sini hari ini.

Mangsa yang merupakan lelaki warga Indonesia dipoercayai meninggal dunia selepas terkena kipas helikopter berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI