fbpx

Pemandu patah pinggul, rempuh pokok akibat mengantuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA Perodua Ativa yang dipandu mangsa hancur selepas merempuh sebatang pokok dan tiang elektrik di sini awal pagi tadi.

PADANG BESAR – Seorang lelaki patah pinggul manakala rakannya cedera ringan selepas kenderaan yang mereka naiki merempuh sebatang pokok dan tiang elektrik di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Jaafar Hassan, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, ASsisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, kejadian berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam ketika Perodua Ativa yang dipandu lelaki berusia 35 tahun itu dalam perjalanan dari Chuping ke Bukit Keteri di sini.

“Kenderaan terbabit dipercayai memasuki lorong kanan sebelum terbabas dan melanggar pokok serta tiang elektrik.

“Kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu yang mengantuk,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut sumber, pemandu mengalami kecederaan serius di bahagian pinggul dan kepala, manakala penumpang lelaki berusia 40 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

“Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI