fbpx

Jasad Zayn Rayyan seperti tidur mengiring – Saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan.

PETALING JAYA – Seorang penduduk menangis ketika menceritakan detik-detik menemukan jasad kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin di atas timbunan pasir kawasan aliran anak sungai berdekatan Apartment Idaman, Damansara Damai di sini pada malam 6 Disember 2023.

Faizul Najib Abd Munaim, 47, yang merupakan individu pertama menemukan jasad kanak-kanak itu kira-kira pukul 9.40.malam berkata, jasad tersebut dalam keadaan mengiring sebelah kiri seperti tidur selain urat badan timbul dan baju yang terselak.

“Saya masuk ke kawasan belukar dengan membawa lampu suluh. Turut bersama dengan saya ada dua orang lagi iaitu seorang di hadapan dan seorang lagi belakang. Namun apabila saya berhenti (dikawasan belukar aliran anak sungai ) saya ada perasan ada satu badan budak dibahagian kanan saya dan saya terus suluh. Saya kemudian terus menjerit “dah jumpa, dah jumpa” (adik Zayn Rayyan) panggil ambulans,” kata saksi pendakwaan keenam itu.

Terdahulu saksi itu yang tinggal di Apartment Saujana berhampiran Apartment Idaman dalam keterangannya, memaklumkan oleh kerana keadaan jasad itu seperti tidur mengiring, dia pada mulanya menyangkakan mungkin ketika itu arwah masih hidup apatah lagi jasadnya bersih tiada kotoran.

“Saya pergi ke badan dia (Zayn Rayyan) dia macam seolah-oleh tengah tidur, saya sangkakan saya apabila saya menjerit dengan kuat mungkin arwah ini akan respon sedikit dengan mengerlip mata…malangnya tiada respon,” kata saksi itu lagi.

Kata saksi tersebut sebaik sahaja penemuan itu, seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai datuk kepada Zayn Rayyan kemudian tiba di lokasi kejadian lantas merangkul jasad kanak-kanak berkenaan sebelum muncul seorang lagi individu yang mengakui bahawa dia ialah bapa kepada arwah.

“Selepas seketika, seorang lagi lelaki iaitu ayah kepada arwah datang dan mahu tengok anak dia. Ayah arwah datang dalam keadaan emosi dan ada beberapa perkataan, antaranya yang saya ingat ‘Siapa bunuh anak aku ni?’,” kata saksi itu lagi.

Bercerita lanjut, saksi itu memberitahu dia menyertai misi mencari Zayn Rayyan, daripada grup WhatApps komuniti yang memaklumkan mengenai kehilangan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Damansara Damai.

Semasa prosiding, saksi itu sekali lagi menangis apabila pihak pendakwaan mengemukakan gambar-gambar Zayn Rayyan kepadanya bagi tujuan pengecaman.

Ketika itu, dia terus melalukan misi mencari secara sendiri antaranya ke hentian Rehat dan Rawat Sungai Buloh kerana kawasan itu mempunyai tarikan kanak-kanak kerana ada taman permainan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Dr. Syahliza Warnoh bersambung lagi petang ini.

Mengikut pertuduhan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kedua-duanya berusia berusia 30 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka yang berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI