fbpx

Lelaki tidak mengaku merusuh, cederakan mangsa hingga putus tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima lelaki didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Ipoh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan merusuh menggunakan parang, kayu dan cangkul sebagai senjata untuk menyerang, tahun lalu. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH/ KOSMO!

IPOH – Seorang pekerja syarikat sewa kenderaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki dengan parang, Jun tahun lalu.

Tertuduh, K. Karan, 25, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Lelaki itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah dengan parang terhadap mangsa berusia 30 tahun sehingga tangan kirinya putus.

Perbuatan itu dilakukan di Jalan Institut Latihan Kementerian Kesihatan di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini pada pukul 11 pagi, 23 Jun 2024.

Timbalan Pendakwa Raya, N. M. Moganaraj Mithra mencadangkan ikat jamin RM15,000 dikenakan ke atas tertuduh berserta syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Peguam, J. K. Kala merayu jaminan minimum kerana anak guamnya yang masih bujang adalah pekerja am di sebuah syarikat sewa kenderaan dengan pendapatan RM1,700 sebulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI